Friday, November 23, 2012

Zinaku Bermula Di FACEBOOK (FB)

hye semua kaum hawa!!
kaum adam juga!! ~jangan kecil hati ye,,,hehehe
okey kali ni nk tuka cara la,,,nk share kepada semua kaum hawa satu perkara penting!!
amat PENTING!!!
~lepas aq baca aq insaf and takut okey,,,
berusaha untuk berubah,,,doakan yg terbaik,,,insya-allah amin!!~

(bebel je lebih ko ni...mne yg penting sgt 2,,,isshhh,,,buang mse aq la ko ni!!)
amboi,,,x reti sabar dah ke??ishhhh klo x ikhlas boleh blah dari bce,,,
bubye!!!

~keep reading!! wow!!
jom baca --------->  

Ya Rabb, Inilah pengakuanku. Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah. Dadaku berdetak. Tangan dan tubuhku menggeletar. Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang. Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar. Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku. Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal.

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara? Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim! Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb, Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku! Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku sayang, aku pun sama.

Rabb, Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat? Kenapa kegiatanku hanya berkapel? Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku. Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui. Walaupun sehingga ajalku menjemput, Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu.. wajahnya sungguh menarik hatiku. Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan.

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon. Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami. Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. Sayang, aku mencintaimu.

Ya Tuhan, Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia. Tiap minit aku hanya memikirkannya. Bahkan pada waktu menghadapMU. aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail.

Rabbi, Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku. Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku. Dan hal yang selalu kami lakukan.

Dia memanggilku sayang dan akupun demikian.

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah. Aku mengaku salah. Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu. Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan. Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah. Aku sudah menghadapMU, dalam su ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb. Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku. Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi.



#okey aq jumpa ni dkt satu laman!! copy and paste and share!!!
hope ia memberi manfaat untuk korang kaum hawa!!!

No comments:

Post a Comment

hehe

Daisypath Anniversary tickers